Monday, March 14, 2011

...KATA-KATA YANG BERMAKNA BUAT KITA SEMUA...

 KATA-KATA YANG BERMAKNA BUAT KITA SEMUA
*Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur.
 
* Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

 
* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.

 
* Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.

 
* Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.

 
* Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.

 
* Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.

 
* Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.

 
* Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.

 
* Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.

 
* Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.

 
* Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.

 
* Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan
membawa kepada impian.

No comments: