Tuesday, August 16, 2011

........................CiNtA PeRtAmA Ku..........................

Sepi tanpa mu....

          Pernah jumpa balik cinta pertama korang? Macam mana rasanya? Tersyahdu atau terkelakar? Hehe.. Nak dijadikan cerita  ada la satu nama yang masok dalam Fb aku rase-rase mcm pernah kenal.. Rupa²nya nama cinta pertama aku pastu ape lg terima jer lah sebagi friends dlm FB.. Aku kenalkan dia J je la ye.. Balas punya balas SMS tak sangka ada respon jagk akhirnya......
Tak disangka dia macam dulu lagi.. Rasanya dah lebih 3 tahun aku tak jumpa dia.. Dia still chinese look idamanku.. Haha.ingat ada peluang lg tp.... Apakan daya dia masa itu die dah bertunang....heheheh.. sekarng dah berkahwin pon...sedihnye........Lama jugak bersembang dengan dia.. Dan macam² la aku tau hal perihal terbaru dia.. Bila dah habis berbual, tergelak aku sendiri bila terfikirkan macam mana cinta monyet aku dulu… Ye la.. Cinta zaman sekolah.. Apa pon jadi.. Cinta macam mana berdating sewaktu 2.... Cinta berbalas sms.. ye la.. Zaman aku dulu mana lah main surat-surat nie...... Paling aku tak lupa kalau aku tulis sms.. Kompem panjang berjela.. Tapi dia balas sekerat dua jer.. Cis!!
Tapi sebenarnya kitorang tak putus pon.. Cuma lost contact jer.. Akhirnya dua² diam.. Putus macam tu jer.. Tapi aku still ingat macam mana cinta aku berputik dengan pandangan pertama mata dia .. Haha.. Cam lawak jer..Apa pon aku happy tengok dia happy.. Sekurang²nya dia tak merana kalau still dengan aku lagi.. Hehe.. Itulah namanya pengorbanan dalam percintaan.. Cinta tak semestinya bersatu…


Cinta Pertama ...



Bagi aku, memang indah jika ada perasaan cinta itu menyelinap dan terus menyusup ke dalam kalbu. Memang sempurna hidup kita jika warna-warna cinta menghiasi di jiwa. Namun, tidak semua yang kita impikan, akan menjadi kenyataan. Kadang-kadang dalam keasyikkan menyimpul buih-buih cinta, tiada siapa menduga badai yang menjelma sehingga buih-buih itu berterbangan dan terus lenyap. Kadang-kadang, siapa yang menduga hujan juga mampu turun di tengah hari walaupun cuaca terang-benderang.


Peribadi terhadap cinta pertama – bagi aku cinta pertama adalah laluan hati untuk kita merasai apa itu erti cinta yang sebenarnya. Laluan bagi jiwa untuk mengundang rasa rindu dan laluan bagi kalbu untuk menyimpul bunga-bunga bahagia. Namun, tidak semua cinta pertama akan berakhir hingga ke jinjang pelamin. Alangkah indahnya jika cinta pertama itu berjaya hingga ke jinjang pelamin. Alangkah beruntungnya mereka yang berjaya membawa cinta pertama sehingga ke jinjang pelamin. Namun, itulah hakikat kehidupan ... tidak semuanya indah-indah belaka.


Cinta Pertama juga tidak semestinya cinta sejati kepada seseorang insan itu. Mungkin cinta sejatinya berada pada insan lain namun jika kita tidak membuka pintu hati kita kepada insan itu, bagaimana cinta sejati yang kita dambakan akan hadir untuk menghuni diri kita. Aku akui, sememangnya tidak mudah untuk melupakan cinta pertama. Kadang-kadang, kita masih terkenangkannya walaupun cinta pertama itu sebenarnya amat menyakitkan hati. Kadang-kadang, cinta pertama tidak boleh dibanggakan kerana ia mampu merobek dan mencalar jiwa yang suci. Namun, kadang-kadang aku terfikir, kenapa harus wujudkan perasaan cinta itu di dalam diri sedangkan dia tidak tercipta untuk kita. Adakah untuk kita merasai apa ertinya rindu kemudian diberikan pula kita merasai apa ertinya kecewa. 3 in 1, itulah selayak-layaknya untuk aku mencampurkan kesemua perasaan ini jika cinta kita kecundang di pertengahan jalan.


Pernahkah anda terfikir, kenapa masih ramai yang membujang walaupun usia sudah menghampiri ke penghujung senja (Sama ada lelaki ataupun wanita). Jangan menuduh sembarangan tanpa asas yang kejap. Memilih ... harus memilih agar jiwa tidak tercalar namun yang penting, pernahkah anda sedar bahawa cinta pertamalah merupakan punca utamanya ramai yang memilih hidup membujang. Kadang-kadang, insan takut untuk mengundang cinta itu lagi untuk bertahkta di sanubarinya kerana takut kecewa menghiasai rumah jiwanya semula. Memang sukar untuk membentuk rumah jiwa jika kecewa sudah menghiasi di dalamnya. Kadang-kadang ia mengambil masa bertahun untuk mengubati parah yang hadir. Namun, sampai bila kita harus mengenang cinta pertama jika ia amat menyakitkan? Sampai bila kita hendak menutup pintu hati kepada mereka yang layak bertahkta di dalamnya? Sampai bila kita hendak dingin pada perasaan cinta sedangkan naluri kita amat memerlukannya untuk mengisi kekosongan di dalam jiwa. Sampai bila kita harus menyendiri jika kita tak pernah memberi peluang untuk mengundang cinta sejati? Kadang-kadang, cinta hati kita berada hampir dengan kita Cuma kita yang tidak perasaan kerana terlalu taksub dengan cinta pertama yang menyakitkan hati itu sehingga kita terlepas cinta sejati. Kita harus membuka mata untuk melihat cinta sejati kita agar kita tidak menyesal di kemudian hari sekiranya cinta sejati itu juga terlepas daripada genggaman kita.


Apabila membaca novel cinta, aku terfikir sendiri ... alangkah bahagianya mereka yang telah dipertemukan jodoh masing-masing walaupun banyak rintangan yang terpaksa ditempuhi sedangkan hakikat kehidupan yang sebenarnya tidaklah semudah seperti perjalanan cerita di dalam novel. Oleh itu, anda harus bersyukur jika anda telah dipertemukan jodoh dan hargailah pasangan masing-masing kerana bagi sesetengah insan, tidak mudah untuk bertemu jodoh dan tidak mudah untuk menyerah hati untuk dimiliki.


Kesimpulan yang dapat aku simpulkan disini, kadang-kadang cinta pertama membuatkan seseorang itu hilang kepercayaan kepada lelaki/wanita sehingga keraguan sentiasa timbul di hati mereka untuk mengecapi bahagia. Kadang-kadang mereka sanggup membujang hingga ke akhir hayat gara-gara cinta pertama yang menyakitkan hati. Walau apa pun situasi cinta yang anda alami, satu yang aku harap – hargailah cinta yang hadir kerana sekali ia pergi, susah untuk mengundangnya semula ... 

Dan jika anda suka pada seseorang itu, luahkannya agar dia juga tidak terlepas ke dalam tangan orang lain. Kita harus mengambil risiko terluka jika kita cintakan seseorang itu kerana jika kita hanya memendamkannya, mungkin si dia yang menjadi dambaan hati juga akan berlalu pergi .... Alangkah ruginya selepas dia dimiliki baru kita tahu bahawa dia juga mempunyai perasaan yang sama dengan kita, hanya kerana kita terlambat, dia menjadi bunga larangan di jambangan orang.


Thursday, August 11, 2011

Aku menangis,bukan kerana aku memerlukanmu

Aku menangis,bukan kerana aku memerlukanmu,bukan  kerana aku mahu kau kembali padaku tetapi kerana aku akhirnya menyedari aku terpaksa belajar untuk melepaskan kau pergi.

Aku akhirnya dapat menerima perpisahan kita dan benar-benar percaya bahawa aku boleh hidup tanpamu.Aku khirnya dapat menerima tragedi cinta kita yang dulu.Kau tersemyum padaku dan merosakan segala-galanya.Aku tewas dan jatuh cinta sekali lagi padamu.....

Soal hati tidak siapa yang tahu ia akan datang atau akan pergi..

Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada putus cinta.

Cinta sejati adalah apabila kita masih mampu tersemyum,sambil mendoakan kebahagian untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi menjauh....

Orang yang telah putus cinta sering kali  berakhir dengan air mata.....
                                                                                                       
 Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang terputus talinya....

Soal cinta adalah soal hati.Ia juga soal jodoh.Manusia hanya mampu merancang  tetapi tuhan yang menetukan jodoh kita.....

 Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang,kalau ia tidak berbalas sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan...

Cinta tidak selalu bersamajodoh tetapi jodoh selalu bersama dengan cinta...

Kahwinilah orang yang lebih mencintai kita daripada kita mencintai diri orang lain.Itu lebih baik daripada mengawini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain..

Melupakan seseorang yang disayangi amatlah sukar....

Cinta akan hidup bersama dengan waktu,apabila itu mati,maka matilah cinta itu...

Jika kita mencintai seseorang,kita akan sentiasa mendoakannya walaupaun dia tidak berada di sisi kita...

SeLaMaT MeNyAmBuT BuLaN RaMaDhAn Al-MuBaRaK



Wednesday, July 13, 2011

JANGAN TERLALU MEMILIH,TERIMALAH DIA SEADANYA


JANGAN TERLALU MEMILIH,TERIMALAH DIA SEADANYA


       Jika kamu memancing ikan Setelah ikan itu terlekat di mata kail Hendaklah kamu mengambil ikan itu Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup…
.

       Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang Setelah dia mulai MENYAYANGI kamu Hendaklah kamu MENJAGA hatinya Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu sahaja Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu Dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu…
.

       Jika kamu MENADAH air biarlah berpada Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja Kerana apabila ia mulai RETAK tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja…
.

       Begitulah juga jika kamu sedang memiliki seseorang….TERIMALAH dia seadanya Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa Anggaplah dia manusia biasa Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN, tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja…

.

        Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi Yang kamu pasti baik untuk diri kamu Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain? Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN Kelak, nasi itu akan BASI dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi Kamu akan MENYESAL Begitulah juga jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu MENYAYANGIMU.... .NGASIHIMU dan MENCINTAIMU…. Mengapa kamu berlengah lagi? Dengan cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain?
.

       Terlalu mengejar KESEMPURNAAN? Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yangg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN Kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, Sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayangDan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI Kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA itu lebih BERMAKNA !


“Begitu hidup ini tiada yang abadi
Yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti,
Namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang telah pergi”


Tuesday, July 12, 2011

..............FaSiLiTaToR KTB 2011/2012..............

30/06/2011-3/07/2011 Adalah tarikh yang sangat bermakna bagi kami semua..kerana telah menjayakan satu prgram mesra bestari & terima kasih kepada u all jugak kerana telah memberi kerjasama yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila dan boleh menjadi fasi yang terbaik daripada yang baik...harap-harap lepas nie dapat buat yg terbaik lagi ye...n sebelum terlupa..selamat belajar semula...huhuhuhuhu...

Saturday, June 25, 2011

................................Nur Kasih.............................

NUR KASIH
Bagaikan permata di celahan kaca
Kerdipnya sukar tuk dibezakan
Kepada Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan

Nur kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana keduniaan/( dunia )
Mekar hidup disiram nur kasih

Ya Allah kurniakanlah kami isteri
Dan anak yang soleh
Sebagai penyejuk mata

(Mekar hidup ini disirami nur kasih)

Di tangan-Mu Tuhanku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Rela ku menjadi miliknya

(Mekar disiram nur kasih)

.................................KASIH KEKASIH......................

 KASIH KEKASIH
Tak perlu aku ragui
Sucinya cinta yang kau beri
Kita saling kasih mengasihi
Dengan setulus hati

Ayah ibu merestui
Menyarung cincin di jari
Dengan rahmat dari Ilahi
Cinta kita pun bersemi

Sebelum diijabkabulkan
Syariat tetap membataskan
Pelajari ilmu rumahtangga
Agar kita lebih bersedia
Menuju hari yang bahgia

Kau tahu ku merinduimu
Ku tahu kau menyintaiku... oh kasih
Bersabarlah sayang
Saat indah kan menjelma jua

Kita akan disatukan
Dengan ikatan pernikahan... oh kasih
Di sana kita bina
Tugu cinta mahligai bahgia

Semoga cinta kita
Di dalam redha Ilahi
Berdoalah selalu
Moga jodoh berpanjangan



Friday, June 24, 2011

..........MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR................


Nie lah pemimpim-pemimpin Kolej Teknologi Bestari 2011/2012.Harap-harap semua dapat memberi kerjasama yer....same2 lah kite menjalan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada kita.Laksanakan lah tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan sebaik munkin,dan jadilah seorang pemimpin yang berjaya didunia dan akhirt..Good Luck  semua...

Thursday, June 23, 2011

Sunday, June 19, 2011

Allah SWT memberikan kenikmatan yang sangat banyak pada kita sebagai makhluk-Nya


Allah SWT memberikan kenikmatan yang sangat banyak pada kita sebagai makhluk-Nya. Mulai dari kesempurnaan panca indra, usia, keseimbangan alam dunia seisinya sehingga tercipta sebuah peraturan yang
memungkinkan kita untuk tinggal di dalamnya. Jika kita mencatat nikmat-nikmat yang ada, nescaya usia kita akan terhabis oleh kesibukan menghitung jumlah nikmat yang tak pernah terputus. Apabila cinta kita pada Allah SWT selalu pada puncak-Nya. Nescaya cubaan terberat di dunia pun akan menjadi nikmat. Kerana kita telah meyakini dalam hati, bahwa semua yang terjadi adalah atas kehendak Allah SWT. Kerana di dalam (yang kita anggap) keburukan yang diciptakan-Nya pun pasti ada nilai-nilai kebaikan yang dapat dipetik. Tidak seharusnya kita selalu mengeluh. Tidak seharusnya kita membalas semua kenikmatan itu dengan menghabiskan usia kita untuk segala hal yang dilarang-Nya. Hingga lupa untuk mensyukuri nikmat Allah yang tidak pernah terputus. Ya Allah, jadikan kami sebagai manusia yang pandai mensyukuri nikmat-Mu.
Ampuni kami yang tak pernah mampu mensyukuri semua nikmat-Mu.

Tuesday, June 14, 2011

.............. ..BILA BERTEMU MU.... ...


  BILA BERTEMU MU....

       Kau tahu betapa ku sayang padamu        
Kau tahu betapa ku fikir tentangmu
Jika aku dapat hadir dalam kamu
Kan kubuktikan, kataku ini

Kau tahu betapa hebatnya cintamu
Kau tahu betapa tewasnya diriku
Jika dulu banyak cinta yang mendatang
Ku.. kan tolak, kerna ku tak mahu

Kau satu dalam sejuta…
Kau tak ada tandingan lagi
Hanyalah dirimu
Yang namanya kasih
Untuk diri ini
Yang dah lama tak mengenali cinta

Ke mana saja ku pergi..
Takkan jumpa sepertimu
Kerna diri ini
sukar menerima erti cinta murni…
Bila bertemu mu…
ooo… hoo… hoo..
hoo.. Kau satu dalam sejuta…
Kau tak ada tandingan lagi
Hanyalah dirimu
Yang namanya kasih
Untuk diri ini
Yang dah lama tak mengenali cinta

Ke mana saja ku pergi..
Takkan jumpa sepertimu.. ho..
Kerna diri ini
sukar menerima
erti cinta murni…

Bila bertemu mu…
Bila…
Bertemu mu…

Thursday, April 14, 2011

......................Mengapa kau harus pergi...............

 


    Mengapa kau harus pergi di saat aku memerlukan cintaimu,aku berharap kau menjadi kekasih hatiku tetapi kau telah pergi jauh dari kehidupku,aku menyendiri lagi di saat kau tinggalkan diriku keseorangan  tidak  ada yang menghiasi hariku di saat ku terbangun dari tidur., Aku inginkan dirimu untuk temui ku.ingin ku katakan padamu, ku sangat mencintai dirimu  Semoga kau  mengerti tentang perasaan ini maaf jika ku telah terbuai akan indahnya cintamu maaf sungguh ku tak bisa hidup tanpa dirimu

Wednesday, April 6, 2011

Every time You feel like you cannot go on You feel so lost and that you're so alone All you see is night And darkness all around You feel so helpless you can't see which way to go Don't despair And never lose hope 'Cause Allah is always by your side
 
Chorus:
Insha Allah
Insha Allah
Insha Allah
You'll find your way

Every ti You commit one more mistake You feel you can't repent and that it's way too late  You're so confused Wrong decisions you have made Haunt your mind and your heart is full shame But don't despair
And never lose hope Coz Allah is always by your side
 
Chorus Turn to AllahHe's never far away Put your trust in Him Raise your hands and pray Ya Allah Guide my steps, don't let me go astray You're the only one who can show me the way 

Show me the way
Show me the way
Show me the way

InshaAllah
InshaAllah
InshaAllah
We'll find the way

Thursday, March 31, 2011

..............................Berakhir sudah..........................

               

                 

Berakhir sudah bulan 3...yang penuh dengan cabaran dan dugaan,biarpun semuanya telah berlalu namun hati ku telah tempuhi dengan penuh sabar....bak kata orang sesiapa yang bersabar dalam apa jua keadaan pasti akan mendapat ganjaran yang setimpal...so kepada kawan-kawan yang lain..banyak-banyak lah bersabar dalam apapun keadaan....biarlah kita lakukan sesuatu perkara itu dengan ikhlas,sabar,baru lah kita mendapat keberkatan dalam kehidupan yang penuh dengan ketenangan... jadikan lah bulan ini  lebih baik daripada bulan lepas,,,,jadikan lah ari ini lebih baik daripda hari-hari yang akan datang....jadikan lah lah sejam ini lebih baik daripada sejam yang telah berlalu...jadikan lah minit sekarng lebih baik daripda minit yang sudah berlalu...dan akhir sekali jadikan lah saat ini lebih baik daripada saat yang telah berlalu dengan cepat....ku berdoa kepada allah...agar bulan ini aku dapat menghadapi sebarang dugaan.cabran dan liku-liku  yang aku bakal tempuhi sepanjang hayat yang aku masih ada....semoga apa yang aku inginkan..apa yang aku idamkan dan apa yang aku harapkan akan menjadi kenyaan..insyallah...................

Sunday, March 27, 2011

..Die ada lah salah seorang yang pernah saya cinta

              Die ada lah salah seorang yang pernah saya cinta, pernah saya sayang,pernah rasa bahagia bile bersama die..tapi yang sedihnya...die telah pergi dalam kehidup saya buat selama-lamanya...dan tidak mungkin akan kembali lagi didalam kehidupan saya...sudah hampir 2 tahun kami pernah bersama dalam menghadapi suka dan duka...yang pernah kami lalui bersama sepanjang perhubungan yang kami bina...begitu banyak dugaan dan cabaran yang kami lalui bersama tidak dapat saya lupakan...kepada muhammad nazir bin salleh...trima kasih kerana pernah menjaga saya waktu dahulu...pernah memberi kasih sayang,pernah menghargai saya,dan pernah mengambil berat tentang diri saya....segala jasa-jasa baik awak tetap saya hargai untuk selama-lamanya....memang berat untuk melepaskan awak pergi..tp ape kan daya..jodoh itu terletak ditangan allah yang maha berkuasa..kita hanya mampu merangcang sahaja,,tetapi allah lah yang menentukan segala-galanya....perasan sedih....,terkilan,masih terasa hingga sekarng ape-ape pon...saya doakan awak bahagia selalu..dan bahagia disamping orang yang awak sayanag...hargailah die dengan sepenuh hati awak k...kenangan antara kita tetap menjadi kenangan buat selama-lamanya....tp lame-lame ianya akan terkubur jua........

...Errmm kahwin dah kawan aku sorang nie..

              Errmm  kahwin dah kawan aku sorang nie.....semoga bahgia lah hingga ke akhir hayat ye nora.....aku sentiasa doakan....erm dah member yang lain 2, kak ghah,kak nurul,kak aney dan adik faey...bile lagi lah nak kahwin....termasuk lah saye.... tapi xpe...jodoh semua ditangan allah kan....cume lambat dengan cepat jer... (,',)

Monday, March 14, 2011

...................Tuhan memberikan.............

    Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta .. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan... Cinta bukanlah kata murah dan lumrah ditucapkan dari mulut kemulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Yang buta adalah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa suatu pertimbangan.

.....kenangan bersama kawan-kawan.......

  1. .salam..nie adalah kenangan bersama kawan-kawan yang tidak dapat dilupakan....best giler g cameron...first time lak 2....memang x dapat bayangkan brtapa gembiranya di sana...ada kawan-kawan baik...,spoting....memeng best lah...lpas nie hrap2 bleh g lagi lah..insyallh klau ada umur yg panjg..

    ...KATA-KATA YANG BERMAKNA BUAT KITA SEMUA...

     KATA-KATA YANG BERMAKNA BUAT KITA SEMUA
    *Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur.
     
    * Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

     
    * Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.

     
    * Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.

     
    * Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.

     
    * Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.

     
    * Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.

     
    * Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.

     
    * Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.

     
    * Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.

     
    * Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.

     
    * Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.

     
    * Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan
    membawa kepada impian.

    Wednesday, January 5, 2011

    Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar

    Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.